Thursday, 27 February 2014
Friday, 21 February 2014
Saturday, 15 February 2014
Tip-Tip Untuk Menghadapi Peperiksaan
- Periksa kelengkapan alat tulis untuk peperiksaan sebelum tidur.
- Tidur awal agar tidak terlambat untuk masuk ke dalam dewan peperiksaan.
- Mohon restu ibu bapa dan guru-guru sebelum masuk ke dewan peperiksaan.
- Tarik nafas panjang-panjang dan berdoa agar Allah mempermudahkan urusan kita serta menenangkan hati dari berasa berdebar-debar.
- Baca soalan dengan tertib sebelum menjawab soalan dan berhati-hati ketika menjawab soalan agar kita tidak menyesal kelak.
- Jangan meniru..Usaha yang terbaik..Dan bertawakal kepada Allah S.W.T.
SeMoGa BeRjAyA dAn SeLaMaT mEnJaWaB !! >_<
Contoh Karangan
KEBAIKAN DAN KEBURUKAN INTERNET KEPADA MASYARAKAT
Internet merupakan teknologi asas dalam pembangunan teknologi maklumat.
Kini, internet merupakan salah satu saluran rangkaian penghubung dunia
yang telah mengecilkan dunia. Dunia tanpa sempadan dimungkinkan dengan
adanya jaringan internet ini. Walau bagaimanapun, teknologi internet ini kerap disalahgunakan sehingga menjadi saluran yang boleh membawa kemudaratan.
Internet merupakan saluran ilmu pengetahuan kepada semua pengguna.
Kini, pelbagai pengetahuan terkini dapat disalurkan melalui internet.
Internet merupakan khazanah ilmu yang membantu berjuta-juta pelajar
untuk mendapatkan maklumat dalam proses pembelajaran dan penyelidikan.
Tugas guru juga dipermudah melalui penggunaan internet yang membekalkan
pelbagai ilmu terkini dan mudah. Perkembangan sains dan teknologi serta
ilmu canggih dipaparkan dalam internet. Ia juga membantu dalam proses
penyelidikan dan pembangunan.
Selain itu, internet merupakan saluran komunikasi antarabangsa.
Teleperubatan dimungkinkan dengan adanya internet. Pakar-pakar
perubatan dapat berkomunikasi dan berinteraksi dengan adanya internet.
Pelbagai pembedahan dan diagnosis
dimungkinkan melalui internet. Komunikasi dalam aspek ekonomi dan
politik pula dapat dimungkinkan dengan telekonferens. Ini memudahkan
sesuatu urusan komunikasi dalam usaha membuat keputusan tanpa pergi ke
sesuatu tempat. Di samping itu, pendidikan jarak jauh juga dapat
dijalankan dengan adanya kemudahan internet. Internet ini memberi faedah
kepada pelbagai lapisan masyarakat untuk melanjutkan pengajian mereka
tanpa menjejakkan kaki ke menara gading.
Internet
juga memudahkan urusan harian manusia di mana pembayaran bil elektrik,
air, kad kredit dan bil-bil lain dapat dilakukan dengan mudah. Hubungan dengan agensi-agensi kerajaan dan badan-badan pendidikan antarabangsa untuk memohon kemasukan ke kursus
pengajian atau peluang kerja dapat dibuat melalui internet. Urusan
menerusi internet bukan sahaja menjimatkan masa, tetapi juga dapat
memastikan kesesakan lalu lintas dan tekanan kerja dapat diuruskan
dengan mudah.
Walau bagaimanapun, internet juga memudaratkan manusia jika disalahgunakan. Kemudahan ini boleh digunakan untuk menceroboh dan mengganggu seperti `hacking’ yang kini banyak berlaku. Laman-laman web
kerajaan mudah diceroboh untuk tujuan mengganggu. Keselamatan negara
juga sukar dikawal kerana segalanya dihubungkan melalui rangkaian
antarabangsa. Beberapa tahun kebelakangan inn,
pusat keselamatan negara Amerika Syarikat, Pentagon diceroboh oleh
seorang kanak-kanak berusia dua belas tahun. Ini memudaratkan aspek
keselamatan negara dan dunia.
Selain itu, virus komputer yang menjadi bahan bualan sejak kebelakangan ini juga disebarkan melalui internet. Kini, banyak virus
komputer yang dicipta boleh mengakibatkan data-data dalam komputer
hilang dan ada juga virus yang mengakibatkan kerosakan komputer. Ini
akan mengakibatkan sesebuah syarikat atau agensi kerajaan lumpuh kerana
sistem dan data-data mereka terganggu. Aspek kesihatan juga dikaitkan dengan penggunaan internet. Seseorang yang menggunakan komputer akan duduk di hadapan skrin komputer untuk tempoh masa yang lama. Ini akan membawa masalah kesihatan seperti penyakit mata, sakit tulang belakang dan sebagainya.
Kesimpulannya, internet mempunyai banyak kebaikan
dan keburukan. Para pengguna perlu memahami kegunaan internet dan
memastikan is digunakan untuk kebaikan sahaja. Kawalan dan pengawasan
ibu bapa dan guru adalah penting agar generasi muda memanfaatkan
internet demi melahirkan masyarakat berilmu di negara ini.
Subscribe to:
Comments (Atom)